The Bridezilla

Archive for January 2009

Aku ambil cuti sehari selepas Thn Baru Cina untuk urusan Ayah dan permohonan kahwin di kariah aku, Bukit Chandan.

Permohonan kahwin di Bukit Chandan agak leceh. Pendaftar Nikah sangat agak cerewet. Nasib baik Ayah dah berpengalaman dalam hal permohonan ini sebab tahun lepas Ayah pernah uruskan permohonan kakak aku.

Saksi borang mestilah orang yang dikenali oleh Pendaftar tersebut. Seboleh-bolehnya AJK Masjid. Leceh kan? Jadi, kami berjumpa dengan Tok sedara belah mak dan lagi satu Tok AJK Masjid yang tinggal di kampung untuk minta tolong jadi saksi borang. Disebabkan kedua-dua orang ini dikenali oleh Pendaftar, aku tak perlu ‘heret’ kedua-dua saksi borang ini ke rumah Pendaftar semasa turunkan tandatangan. Senang juga, kan? Misi mencari saksi borang, tercapai.

Borang Wali dan Wakalah amatlah memeningkan. Perlu tandatangan Pegawai Masjid. Aku dan Ayah berulang alik dua kali ke masjid untuk dapatkan tandatangan. Misi mencari Pegawai Masjid, tercapai.

Lengkap bahagian yang sepatutnya aku isi, kami ke rumah Haji Dolah (Pendaftar Nikah kariah Bkt Chandan) untuk dapatkan tandatangan. Alhamdulillah, semua dokumen sokongan dan borang telah lengkap. Dia suruh kami terus ke pejabat untuk hantar borang permohonan. Misi permohonan kahwin, tercapai.

ps; Terima kasih Ayah sebab cekap uruskan permohonan kahwin Ida!

pps: Pegawai bertugas di kaunter PAID K.Kangsar cakap, “OK, tak payah datang pejabat ambil surat kebenaran. Haji Dolah akan ambil sendiri. Awak, tunggu hari majlis je.”

Advertisements

Teringin nak bunga pegang. Tapi tak tahulah, sesuai atau tak dipadankan dengan kebaya tradisional putih & perak.

Kalau nak pilih bunga, agak-agak bunga warna apa yang paling sesuai dengan tema warna putih?

Bunga ros merah?

Ros merah jambu?

Ros oren?

Bunga segar atau bunga tiruan?

Buat sendiri atau beli?

Sesuai atau tak?

Penaja kek pengantin, MakSu. Dia ada hantar MMS, gambar contoh kek yang dia tempah untuk aku. Tapi masalahnya, gambar kek tu sangat gelap. Jadi maaf, tak dapat nak muat naik gambar di sini.

MakSu cakap kek tu berbentuk bantal segiempat sama, warna putih. Dia tempah di Nikko. Katanya, kek bahagian dalam tu nanti adalah lobak dan kacang walnut. Hiasan kek, fondant. Boleh tahan dua minggu katanya.

Aku OK-kan saja. Aku tak kisah sangat. Dah cukup beruntung ada orang nak taja kek pengantin. Kalau ikut bajet aku, memang tak ada lah jawabnya.

MakSu akan balik kampung sehari sebelum majlis, bawa sekali kek pengantin tu. Terima kasih MakSu!

Tips:

Beli kek pengantin yang hiasan diperbuat daripada fondant. Tak mudah cair dan senang di bawa ke sana sini. Cantik pun ye juga.

Kebenaran Berkahwin untuk Lelaki

Kebenaran Berkahwin untuk Lelaki

Win dah hantar permohonan berkahwin di Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat (PAID) hari Rabu lepas. Hari Khamis petang semalam surat kebenaran tersebut dah siap disahkan, Win ambil di PAID.

Proses untuk menyiapkan surat kebenaran di sini tak lama, mungkin sebab tak ramai yang berurusan. Senang juga prosesnya. Apa yang penting, pastikan semua dokumen sokongan lengkap.

Sekarang dah dapat surat kebenaran berkahwin dari Win, giliran aku pula memohon kahwin di Pejabat Agama Daerah Kuala Kangsar. Kenapa aku tak mohon sebagai pemastautin macam Win? Sebenarnya, boleh. Cuma nanti untuk proses urusan nikah di Kuala Kangsar, aku kena mohon sekali lagi gunakan borang mohon kahwin negeri Perak. Tak mahu buat kerja dua kali, aku mohon kahwin di Perak sajalah. Pandai tak? hehee..

Terima kasih Win! Bagus. Awak buat tugasan awak ikut sebelum masa yang ditetapkan. Ya, aku bossy. Aku tetapkan dateline untuk semua perkara. Kalau tak ikut perancangan, bila nak siap? Betul tak?

Tips:

Plan ahead. Then move! move! move!

Homestay, Bukit Chandan

Homestay, Bukit Chandan

Kami tempah homestay ini bagi keluarga Win datang bertandang di Bukit Chandan.. Pada pendapat kami, lebih senang tinggal dalam satu rumah dan kumpul semua ahli keluarga berbanding tinggal di hotel – mahal tapi sempit.

Sewa homestay ini agak berpatutan, RM160 bagi satu malam. Tapi mulai tahun 2009, sewa sudah naik harga. RM18o / malam. Kos tempahan, RM50.

Homestay ini terletak di taman perumahan Bukit Chandan, berhampiran dengan kampung aku. Rumah teres dua tingkat dengan empat bilik tidur, tiga bilik air. Dua daripada bilik dilengkapi pendingin udara dan katil queen-size manakala lagi dua bilik cuma ada katil single. Lain-lain kelengkapan seperti set ruang tamu dan dapur juga ada disediakan. TV Astro, tak pasti. Tak nampak piring satelit Astro pun, kan?

Tips:

Kalau nak buat tempahan di homestay ini, kena cepat. Laku macam goreng pisang panas!

October – November 2008:

“Uyai, jadi pengapit aku masa aku kahwin nanti, ye?”. Itulah SMS dari aku kepada Zuraidah, sepupu yang berusia 23 tahun. Belum kahwin.

“OK! Bulan berapa? berapa haribulan?”, dia.

“Bulan tiga tahun depanlah. Weekend cuti sekolah yg hujung. Nanti aku sponsor la baju pengapit kalau kau sudi.”, aku.

“InsyaAllah.”, dia.

Yes! Dah dapat pengapit. Lega.

Disember – Januari 2009:

“Kak Ida, Faizal (teman lelaki Uyai) dah hantar cincin tunang & belanja. Aku kahwin 2 minggu lagi awal dari kau, 7 Mac. Sorry. Tapi aku tetap akan jadi pengapit kau. Jangan risau.”, SMS dari dia.

“Tak apalah.”, aku.

Macam mana ni? Pengapit aku kahwin lagi awal dari aku? Oh, tidak.

Tips:

Pilih pengapit yang tinggal berdekatan. Kalau jemput orang jauh, nanti kena bayar kos penginapan & pengangkutan pula. Huhu~

Kad Jemputan Kahwin Ida Win

Kad Jemputan Kahwin: Ida & Win

*Sila klik pada kad untuk view lebih besar.*

Kad jemputan dah siap design, sekarang tengah tunggu dicetak. Mungkin siap cetak dalam bulan Februari nanti. Kami tempah kad ini dari KadLawo, melalui ejen di Seri Kembangan, Ahmad Farid.

Kad simple saja. Macam poskad tetapi sedikit panjang. Bagi 250 keping kad termasuk sampul putih, RM0.90 sekeping.

Yang penting, ada peta / alamat lokasi dan tarikh majlis. Rasanya, tak perlulah kad mahal-mahal, wangi-wangi @ besar-besar. Tak ramai yang simpan kad jemputan pun. Lepas majlis, mesti buang. Buat apa membazir beli mahal-mahal, kan? Lainlah kalau mampu. Ini ayat nak sedapkan hati sendiri.. huhu.

Tips:

Survey banyak tempat @ online bagi mencari kad yang harganya berpatutan. Jangan membazir, ok?