The Bridezilla

The Wedding Package

Posted on: January 12, 2009

Susah betul nak cari pakej kahwin yang cantik di Kuala Kangsar. kebanyakan baju pengantin, pelamin dan mekap dah ketinggalan zaman. huh.

Kami buat keputusan untuk ambil pakej kahwin di kedai berhampiran dengan resort.

  • pelamin simple – RM750
  • baju sanding songket putih & perak – RM400
  • mekap nikah & sanding – RM250

mahal betul! padahal cuma nak pinjam sekejap, tak sampai satu hari. mahu tak mahu, ambil sajalah.

pelamin yang mahal! kononnya sebab mahu buatkan pelamin lebar, sebab pelamin di bawah khemah makan. kami pilih pelamin yang paling simple sekali, latar belakang warna putih, dengan hiasan bunga dan daun-daun hijau. ala garden. konon.

mekap untuk nikah pukul 8 pagi, kene pergi ke kedai untuk mekap. pukul 10pg upacara nikah di masjid. selepas nikah, ‘pak andam’ suruh datang balik ke kedai untuk touch up dan pakai baju sanding. aku takut ‘pak andam’ mekap nanti, aku nampak macam badut! oh, tidak.

baju sanding kami warna putih & perak! simple. baju melayu ber-kot dan kebaya labuh songket bunga tabur berwarna perak. macam dalam gambar ini. jumpa dalam majalah pengantin, Win berkenan. tapi mak aku cukup tak berkenan! huhu~

songket kebaya labuh putih & perak

songket kebaya labuh putih & perak

baju melayu songket putih & perak

baju melayu songket putih & perak

Tips:

Kalau mak andam kenakan harga yang mahal, cuba minta barang yang lain-lain secara percuma. Contohnya pintu gerbang, payung dan apa-apa saja.

Advertisements

2 Responses to "The Wedding Package"

boleh taw x kat mana nak sewa songket ni???

Kedai pemgantin yg kami sewa tu dh gulung tikar. Dia buat restoran mkn plak hahaha

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: