The Bridezilla

Why choose the resort

Posted on: January 12, 2009

ramai yang tanya, kenapa pilih resort? buat di rumah sendiri kan lebih meriah?

mase kakak aku kahwin, majlis buat di rumah. memang meriah. tapi aku tak dapat hadir, aku belajar di india. nak tahu apa masalahnya?

  • ayah aku komplen yang dia tak dapat tidur malam sebab orang main kompang sampai pukul dua pagi.
  • mak pula sibuk uruskan makanan sana sini. mak tak boleh penat sangat, mak ada darah tinggi.
  • ruang depan rumah sempit, susah nak pasang khemah makan.
  • tetamu susah nak dapatkan tempat parking kereta.
  • kos persiapan agak tinggi.
    • mak beli langsir baru
    • kakak beli set bilik tidur dan cadar baru
  • … dan banyak lagi

ayah cadangkan majlis aku nanti buat di resort. sebab tu la aku pilih resort. tapi bila cakap buat majlis di resort, orang ingat aku kaya. buat majlis kat resort.. bunyi macam hebat! tapi nak tunjuk hebat bukan sebabnya. sebabnya:

  • aku tak mahu susahkan mak ayah. orang tua perlu banyak rehat
  • tetamu biar datang makan dan terus balik, tak payah tolong basuh pinggan.

itulah ceritanya~tapi niat suci murni aku ni tak berapa disokong oleh Mak. mungkin mak nak buat kenduri kat rumah. tapi aku ikut kata Ayah, ayah yang cadangkan! banyak lagi yang Mak tak berapa berkenan. nanti lain kali aku cerita.

Tips:

Kalau boleh, buat majlis yang tak akan menyusahkan kaum keluarga dan orang kampung. Kalau memang diorang tak kisah, tak apalah.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: