The Bridezilla

The Meeting With Imam Jurunikah

Posted on: January 17, 2009

Kami pemastautin di Taman Balakong Jaya, Seri Kembangan. Permohonan berkahwin bagi pemastautin di sini mestilah disahkan oleh IJN (Imam Jurunikah)  mukim mastautin kami, Tuan Haji Rais.

Win dah hubungi Hj Rais untuk urusan permohonan kahwin kami, jadi malam tadi lepas isyak Win buat temujanji dengan Haji Rais di surau Mutiara Apartment. Perkara yang harus disediakan oleh Win sebagai pemohon ialah:

  • borang permohonan 1A (borang mohon kahwin) yang telah dilengkapkan
  • salinan kad pengenalan
  • salinan kad pengenalan dua orang saksi (saksi mestilah lelaki berusia 18 tahun ke atas)
    • adik Win, Adi.
    • kawan Win, Raja Syaiful Bakhtiar
  • salinan sijil kursus pra-perkahwinan
  • surat pengesahan mastautin pemohon daripada pengerusi  JKKK kawasan perumahan
  • borang HIV yang telah lengkap

Tips:

Hubungi Imam Jurunikah untuk buat temujanji. jangan main terjah je rumah dia. ini paling penting.

Lengkapkan borang, tapi tinggalkan kosong bagi tempat tandatangan sendiri, saksi-saksi dan IJN.

Sebagai upah, belanja saksi-saksi borang tu makan sebagai ucapan terima kasih. ngeh2~

OK! Permohonan Win telah disahkan. Langkah seterusnya adalah pergi ke Pejabat Agama Daerah Hulu Langat untuk menghantar permohonan. Tapi adakah Win mempunyai masa untuk pergi ke Pejabat Agama? Kita ikuti kisahnya di entry akan datang.

Advertisements

8 Responses to "The Meeting With Imam Jurunikah"

terima kaseyy, adi & sepool!

tenkiu Adi, Sepool & Win <– kerana belanja sy makan!

Assalamuaikum, Win.

Boleh minta no telefon Tuan Hj Rais?.. saya tinggal di taman putra budiman.

w’slm. min, no telefon dah diemel.

Assalamualaikum,

Saya baru je duduk kat area balakong jaya. Kena isi borang mastautin. Masalahnya tak kenal JKKK kawasan perumahan kita.

Ada no phone tak?

Terima kasih.

saya dok kat mutiara apartment, so kami amik sain JKKK Mutiara Apartment. Rosli Zakaria – 0122660965. die dok kat blok 12 Mutiara Apartment. Kat taman balakong jaya, (yang umah dua tingkat tu, x sure la plak kene amik sain sape)

Assalamulaikum
Win boley sy mntak no fon
TUAN H.J RAIS
Sy tnggl d seri pulai
Balakong jaya

+60 19-302 6128

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: