The Bridezilla

The Wedding Application – Edot

Posted on: January 30, 2009

Aku ambil cuti sehari selepas Thn Baru Cina untuk urusan Ayah dan permohonan kahwin di kariah aku, Bukit Chandan.

Permohonan kahwin di Bukit Chandan agak leceh. Pendaftar Nikah sangat agak cerewet. Nasib baik Ayah dah berpengalaman dalam hal permohonan ini sebab tahun lepas Ayah pernah uruskan permohonan kakak aku.

Saksi borang mestilah orang yang dikenali oleh Pendaftar tersebut. Seboleh-bolehnya AJK Masjid. Leceh kan? Jadi, kami berjumpa dengan Tok sedara belah mak dan lagi satu Tok AJK Masjid yang tinggal di kampung untuk minta tolong jadi saksi borang. Disebabkan kedua-dua orang ini dikenali oleh Pendaftar, aku tak perlu ‘heret’ kedua-dua saksi borang ini ke rumah Pendaftar semasa turunkan tandatangan. Senang juga, kan? Misi mencari saksi borang, tercapai.

Borang Wali dan Wakalah amatlah memeningkan. Perlu tandatangan Pegawai Masjid. Aku dan Ayah berulang alik dua kali ke masjid untuk dapatkan tandatangan. Misi mencari Pegawai Masjid, tercapai.

Lengkap bahagian yang sepatutnya aku isi, kami ke rumah Haji Dolah (Pendaftar Nikah kariah Bkt Chandan) untuk dapatkan tandatangan. Alhamdulillah, semua dokumen sokongan dan borang telah lengkap. Dia suruh kami terus ke pejabat untuk hantar borang permohonan. Misi permohonan kahwin, tercapai.

ps; Terima kasih Ayah sebab cekap uruskan permohonan kahwin Ida!

pps: Pegawai bertugas di kaunter PAID K.Kangsar cakap, “OK, tak payah datang pejabat ambil surat kebenaran. Haji Dolah akan ambil sendiri. Awak, tunggu hari majlis je.”

Advertisements

5 Responses to "The Wedding Application – Edot"

alhamdulillah. sme di permudahkan jua akhirnya.so skrg tinggal kawen je la ek.heeee~

haha, ade byk lagi urusan. cume yg melibatkan orang lain dah setel la setakat ni. Semoga urusan lain dipermudahkan. Aminn..

hai edot.. wah complicated jg ya nak urus borang kahwin.. xpa mudah-mudahan urusan cepat selesai.. saya nsb baik ada abg sepupu keja kat jab agama, jd dialah yg akan membuat temujanji dan urusan tu.. saya bz jglah ni buat persiapan tp xla bz sgt.. otak jak ni asik diperah utk bfikir huhu..

patutnya urusan kahwin dipermudahkan. supaya tak ada kes kahwin lari, betol x?

ya tulah, ni mcm2 nak kena buat, tersilap ckit kdg2 terpaksa buat semula..tu yg bikin mls nak urus kahwin, klu senang nak cuti xpala juga kan..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: