The Bridezilla

The FAQ

Posted on: February 2, 2009

Jika ada yang tertanya-tanya tentang persiapan kahwin yang tak diceritakan di blog ini, mungkin soalan-soalan ini yang bermain di fikiran kamu.

Soalan: Adakah anda berasa tertekan (orang putih sebut stress) ketika membuat persiapan perkahwinan?

Jawapan: Buat masa ini, saya tak stress lagi. Tapi pada pendapat saya, stress itu patut ada supaya semua perkara siap sebelum dateline. Saya juga rasa stress boleh dielakkan kalau kita susun semua perkara yang harus kita buat dan mula laksanakan kerja kita lebih awal. Kalau terkejar-kejar masa, barulah stress.  😛

Soalan: Ada tak perselisihan faham dalam proses persiapan majlis?

Jawapan: Mestilah ada. Dengan mak ayah saya sendiri pun selalu terjadi. Apa yang saya buat, saya cuba deal dengan mereka, tapi kadang-kadang saya ikut kepala sendiri. Hehe..harap-harap mereka faham.

Dengan Win pun ada juga gaduh-gaduh tapi manja. Masa inilah kami belajar untuk sama-sama bertanggungjawab dan belajar untuk give and take. Sekarang jugalah masa saya tunjuk diri yang sebenar pada Win. Sikap saya yang suka marah-marah. Thee hee hee. Maaf Win. Apapun, i love you! Jangan pula tak jadi kahwin dengan saya, ok? 😛

Soalan: Apa pendapat anda tentang pihak perempuan yang hanya bergantung kepada pihak lelaki untuk kos belanja hantaran?

Jawapan: Belanja hantaran memang tugas pihak lelaki untuk sediakan, tapi itu cuma adat, bukannya wajib. Pada pendapat saya, daripada kita ni orang perempuan asyik merengek-rengek suruh pihak lelaki cepat-cepat masuk meminang (walaupun kita sendiri tahu yang pihak lelaki masih belum ada duit yang cukup), lebih baik kita sama-sama usaha untuk menjayakan majlis kahwin kita sendiri.

Soalan: Apa yang perlu ada dalam pengurusan majlis kahwin?

Jawapan: Perancangan, bajet dan bantuan orang lain. Perancangan dan bajet saya catat dalam buku. Gunakan buku bentuk planner rasanya lebih baik. Agak-agak bajet tak cukup, dapatkan bantuan pihak lain, contohnya cari penaja.

ps: Sila abaikan ke’poyo’an saya.. keh3 😛

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: