The Bridezilla

Archive for November 2009

Of course, no one would say “we have enough money!” coz I can’t think how much is enough?

Minggu lepas kami pergi ke MidValley jalan-jalan di CIMB-house-ape-ke-bendenyetah exhibition. Kat situ ada orang sediakan perkhidmatan peralatan rumah, jual dapur, gril, lampu, suis-pakai-ubah dan macam-macam lagilah. Menarik betul barang-barang yang diorang jual, kalau ada cash dalam tangan sure aku beli semua. okey sekarang sudah tahu kenapa aku tak ada kad kredit – sebab nafsu membeli sangat kuat T_T

Sekarang list barang perlu dibeli untuk rumah tu semakin banyak:

Dapur + hud + built-in oven +-= RM2k++. Harga ikut jenamalah, kalau jenama femes lagi mahal kalau cap ayam agak murah. Itu harga dapur dan adik beradiknya, kabinet?? sinki? kepala paip? Tengok harga kipas siling, sebijik Rm300 lebih. Nak letak kat ruang tamu, kat tempat makan & kat bilik no. 2.

Aircond pula sebiji dah Rm1k lebih, cadangnya bilik tidur nak pasang aircond.

Lampu? Disebabkan telah membeli rumah intermediate, makanya akan gelaplah alam sekeliling di dalam rumah kerana kurang pencahayaaan jadi kena pasang lampu lebih dari 12jam sehari jadi kenalah pasang lampu yang jimat elektrik jadi kenalah pasang lampu yg bukan kalimantang biasa. JADI kena pasang plaster siling supaya boleh pasang lampu jenis-jimat-elektrik itu. Berapa agaknya kos pasang plaster siling dan lampu?

Ruang tamu perlukan karpet, ruang makan perlukan karpet, bilik pun perlu. Berapa kos karpet?

Gril. Yang paling penting tapi hampir terlupa nak ambil kira. Gril untuk rumah ni rasanya tak mahal sebab rumah sangat kecil tak banyak tingkap. Tapi, kena beli jugak gril.

Langsir? kena pasang kayu untuk gantung langsir sliding door, tingkap bilik dan dapur. Langsir kali ini rasanya perlu tempah, tak mampu nak jahit sendiri.

Kebanyakan barang yang nak dipasang sebelum masuk rumah tu memerlukan kos yang tinggi, jadi sekarang kami tengah sedikit sedikit kumpul duit ^_^

Advertisements

Semalam kami terima surat daripada pemaju perumahan yang mengatakan proses kemasukan air dan elektrik akan dijalankan dalam masa terdekat ni jadi pemaju suruh kami datang ke pejabat jualannya di PJ untuk tandatangan beberapa borang bagi proses tersebut dan bayaran RM440. Wow. Mahal juga nak masuk air dan api ke rumah, patutlah orang kurang kemampuan tak dapat nak guna khidmat air dan api kat Malaysia ni.

Ok, api dan air dah nak masuk rumah.. tinggal nak buat jalan raya dan tiang lampu. CF???