The Bridezilla

Dah pandai keluar rumah pakai tudung

Posted on: February 18, 2010

Woot woot~ semenjak dah ada 3 helai tudung deZahra ni, makin rajin pakai tudung keluar rumah. Kenapa?

  • Mestilah nak menutup aurat. Kang tambah dosa suami, kesian pulak Win.
  • Tudung ni senang dipakai.
  • Tudung ni kalau nak pakai tak payah iron. Sebab yg ade ni jenis lace ‘Nur kasih’ & cotton lycra.
  • Tudung ni senang dibasuh. Rendam je dgn air sabun, bilas.
  • Tudung ni senang diambil sebab sentiasa digantung. Gantung nak elakkan orang duduk atas awning. haha.
  • Tudung hitam bole dipakai dengan mana-mana t-shirt. senang kan?

Memang senanglah!

Bulan lepas beli 2 tudung kat kak Jamak Aton, owner blog imankoleksi yang jual tudung deZahra online, yg kaler ungu tu dengan satu lagi plain black. Dah kali kedue deal dengan akak Aton, memang sempoi akak ni. Kami jumpe kat Masjid UPM je tuk Cash On Delivery. Tapi aku tak jadi nk amik tudung yg itam putih macam gamba kat post sebelum ni sebab tak mampu doh nak beli 3 deZahra sekali gus. tsk tsk tsk.

Balik JB pon mak mertua tanya, “Ida pakai tudung deZahra ek?”

Eh? Mana dia tahu? Agaknye Mama ade sidaikan tudung tu then die nampak ade brand deZahra kat tudung tu.

“Haah, deZahra. Tapi mahal sket la.” Teros bukak website deZahra tunjuk design tudung kat Mama.

“Oh, cantik. Berapa?”

“Paling murah RM65. hahaha~”

“Haaaa?????”

Semalam makcik Win pon kata tudung ungu deZahra tu comel. Elok terletak kat bahu, takyah nk pasang pin kat belakang tengkuk masa pakai tudung.

“Ida nanti nak beli tudung deZahra online tu, calling calling la Cik Ana.. ek? Leh join.”

“Okeh no hal~ kalau nak beli kat kedai jauh gile.. nun kat Damansara sana.”

“Haah lah, tula cik tengok. eee, jauhnya nak g kedai dia~”

Kami banding-bandingkan material tudung Ariani yang Cik Ana pakai dengan tudung cotton lycra yg aku pakai. Beza tapi harga sama.

Kesimpulannya, bulan depan nak beli lagi tudung deZahra. Sebab agak mahal la kene beli sebulan satu. atau dua. Tapi masalahnya dengan beli tudung online deZahra ni, kaler die kite tengok dlm website lain, bila dapat kaler lain! Itujek yg tak best.

Okeh, lain kali nak beli lain kaler plak ah! Biru, merah, coklat. kaler yg boleh dipakai dengan baaaanyak baju.

Advertisements

4 Responses to "Dah pandai keluar rumah pakai tudung"

de zahra memang cool, awsome. Kita puas hati bila pakai walaupun rege mahal. skang ada 4 collection. nak tambah lagi next month. haha. memang pejam mata je bila beli. tp kita prefer yg cotton lycra berbanding lycra especially utk tdg yg 1 kaler. slalu kita tengok koleksi online pastu dtg kedai p beli. haha. ada target. so xde le lelama sgt kat kedai tu nak membeli.

wah ruby gi kedai… bestla. kami malas nk p kedai sebab jauh sangat~ hohoho.. tp memang kene ttp mate je bayar tudung ni, jgn tgk. paling afdal g beli time baru dpt gaji. kahkahkah

Ari tue dah g yg dekat damansara tue. Beli la jugak satu plain hitam. the ladies kat sana very helpful. Cuma ada sorg tue kurang sket. Mcm berlagak ja. My colleague pun ckp. Sian kitorg. Tapi maybe dia penat kot. We never know.

oh dah penah g kedai nye ek. ala, ade kelebihan dan kekurangannya jugak beli online ni,

kaler nmpk lain dari yg dlm website.. itu salah satu la kekurangan beli online 😛

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: