The Bridezilla

Author Archive

Happy First Anniversary!

Semoga Allah panjangkan jodoh kite, murahkan rezeki dan permudahkan semua urusan.

Tahun ni hadiah ulangtahun perkahwinan, Wii.

Tahun depan hadiah apa ye? Forte V(^_^)V

Woot woot~ semenjak dah ada 3 helai tudung deZahra ni, makin rajin pakai tudung keluar rumah. Kenapa?

  • Mestilah nak menutup aurat. Kang tambah dosa suami, kesian pulak Win.
  • Tudung ni senang dipakai.
  • Tudung ni kalau nak pakai tak payah iron. Sebab yg ade ni jenis lace ‘Nur kasih’ & cotton lycra.
  • Tudung ni senang dibasuh. Rendam je dgn air sabun, bilas.
  • Tudung ni senang diambil sebab sentiasa digantung. Gantung nak elakkan orang duduk atas awning. haha.
  • Tudung hitam bole dipakai dengan mana-mana t-shirt. senang kan?

Memang senanglah!

Bulan lepas beli 2 tudung kat kak Jamak Aton, owner blog imankoleksi yang jual tudung deZahra online, yg kaler ungu tu dengan satu lagi plain black. Dah kali kedue deal dengan akak Aton, memang sempoi akak ni. Kami jumpe kat Masjid UPM je tuk Cash On Delivery. Tapi aku tak jadi nk amik tudung yg itam putih macam gamba kat post sebelum ni sebab tak mampu doh nak beli 3 deZahra sekali gus. tsk tsk tsk.

Balik JB pon mak mertua tanya, “Ida pakai tudung deZahra ek?”

Eh? Mana dia tahu? Agaknye Mama ade sidaikan tudung tu then die nampak ade brand deZahra kat tudung tu.

“Haah, deZahra. Tapi mahal sket la.” Teros bukak website deZahra tunjuk design tudung kat Mama.

“Oh, cantik. Berapa?”

“Paling murah RM65. hahaha~”

“Haaaa?????”

Semalam makcik Win pon kata tudung ungu deZahra tu comel. Elok terletak kat bahu, takyah nk pasang pin kat belakang tengkuk masa pakai tudung.

“Ida nanti nak beli tudung deZahra online tu, calling calling la Cik Ana.. ek? Leh join.”

“Okeh no hal~ kalau nak beli kat kedai jauh gile.. nun kat Damansara sana.”

“Haah lah, tula cik tengok. eee, jauhnya nak g kedai dia~”

Kami banding-bandingkan material tudung Ariani yang Cik Ana pakai dengan tudung cotton lycra yg aku pakai. Beza tapi harga sama.

Kesimpulannya, bulan depan nak beli lagi tudung deZahra. Sebab agak mahal la kene beli sebulan satu. atau dua. Tapi masalahnya dengan beli tudung online deZahra ni, kaler die kite tengok dlm website lain, bila dapat kaler lain! Itujek yg tak best.

Okeh, lain kali nak beli lain kaler plak ah! Biru, merah, coklat. kaler yg boleh dipakai dengan baaaanyak baju.

B, doakanlah saya jadi budak yang baik yang menutup aurat. Saya baru je bershopping tudung online dan membeli lagi dua tudung deZahra.. haha. Walaupun mahal tapi tak apalah, saya bayar sambil tutup mata. Tak nampak. So tak terasa sangat.

Saya beli ini:
dezahra1
dan ini:
dezahra2

Ps: Jangan risau, saya bayar sendiri.

Pakai tudung deZahra ni p kenduri kawen

Ho ho ho~ inilah dia pasangan yg berkahwin hari tu. eh bukan! ni lah Edot & Win yang pergi kenduri member diorang kawen kat Kulim kelmarin.

Ni le tudung deZahra yang beli online kat blog ini. Saiz M yg mase mule-mule pakai rase agak ketat tapi bile dh pakai ulang-ulang kali baru muat betol-betol.

Senang gile nk pakai tudung ni. cepat dan kemas. peh, promot tak hengat. oklah, bai.

Semalam kami tak kerja jadi pergi ke Bangi sebab nk gi AmBank bayar pinjaman kereta dan alang-alang dah sampai blok kedai area situ Hubby drive ke butik tudung Ariani sebab kononnya aku cakap nak pergi tengok jualan hebat Year End Sale.

Masa sampai tu nampak ada banner besar gile tulis “Diskaun hingga 70%” peh ape lagi semangatlah kami masuk ke kedai.

Masa masuk tu ade ramai gak  kat dalam kedai tapi semuanya perempuan! Hubby sorang je lelaki – pastu aku tanye Hubby, “Lelaki tak dibenarkan masok ke?” then dia jawab, “Takde notis pon kat luar.” Yelah, aku risau gak takot kedai tu macam kedai tudung Ariani kat Masjid India, ade part yg laki tak dibenarkan masok..ceh padahal kedai tu pemalas nak buat fitting room tuk orang test tudung.

Bila aku selak satu demi satu tudung kat hanger tu, Hubby cakap, “Apesal design die macam..” nada bunyi macam tak best. “Gabungan kaler die macam.. tak sesuai tuk orang muda.” Haaa.. same macam apa yang aku fikirkan! Design, material kain sume aku tak puas hatilah. Harge apekan lagi, diskaun pon maseh mahal. Kami pulang dengan tangan kosong je tapi takpe, beli kalau tak berkenan pun buat ape? Sori kepada penggemar Ariani, tapi inilah apa yang aku rasa pasal kedai tu.

Kat rumah pulak aku masih tunggu reply email dari re-seller tudung deZahra. Ada satu re-seller tu langsung tak reply bgtau sama ada kod tudung yg aku order tu ada atau tak. SENYAP TERUS. ini memang nak kena blacklist ni.. re-seller tak menghargai customer.

Tapi nasib baik aku order kat satu lagi re-seller. Dia kata akan reply dlm masa 2-3 hari lagi bgtau sama ada kod tudung yg aku order available atau tak. Pastu mlm tadi dia SMS bagitau tudung ada, tapi kene alter sebab saiz dah yg aku nak tu dah abis. Haa, servis macam ni lah ok. Tak delah customer tunggu punya tunggu punya tunggu sama itu reply~

Kalau dapat tudung tu nanti boleh la aku tulis review pasal tu kat sini.

Azam tahun depan nak jadi budak baik. Dari bertudung macam Chipsmore (kejap ada kejap tiada) nak jadi lebih baik iaitu konsisten memakai tudung walaupun keluar rumah untuk buang sampah. Cewah~

Paling senang pakai tudung jenis sarung tu kan dah siap2 ada awning tak payah nk bentuk-bentukkan tudung dah. jimat masa untuk bersiap.

Dulu pernah masok kedai Ariani tengok-tengok tudung mang aiii~ mahal gile. terkejut lalu tak beli apa-apa dan balik tangan kosong je. tudung simple plain color pun cecah RM50+. itu yg paling murah tuh, yg aku berkenan harge RM200 haha tak mampu le teman nk belinye mase tu gaji teman bukannye banyak.

Sekarang ni rasa nk gi kedai deZahra pulak tengok dan mungkin juga beli satu atau dua tudung untuk digayakan bila keluar membeli belah. ho ho ho~ kedai ni pon harge boleh tahan mahal, paling murah RM65! tapi bila aku baca forum yg diskas pasal deZahra ni diorg kate kain die lebih berkualiti dan bentuk awning pon cantik. Tapi kedainye jauh dari umah, tu ha kat Damansara sana kena redah jem kat LDP baru bole sampai T_T

Hubby, bila awak ada bajet nanti bole belikan saya tudung deZahra~

Of course, no one would say “we have enough money!” coz I can’t think how much is enough?

Minggu lepas kami pergi ke MidValley jalan-jalan di CIMB-house-ape-ke-bendenyetah exhibition. Kat situ ada orang sediakan perkhidmatan peralatan rumah, jual dapur, gril, lampu, suis-pakai-ubah dan macam-macam lagilah. Menarik betul barang-barang yang diorang jual, kalau ada cash dalam tangan sure aku beli semua. okey sekarang sudah tahu kenapa aku tak ada kad kredit – sebab nafsu membeli sangat kuat T_T

Sekarang list barang perlu dibeli untuk rumah tu semakin banyak:

Dapur + hud + built-in oven +-= RM2k++. Harga ikut jenamalah, kalau jenama femes lagi mahal kalau cap ayam agak murah. Itu harga dapur dan adik beradiknya, kabinet?? sinki? kepala paip? Tengok harga kipas siling, sebijik Rm300 lebih. Nak letak kat ruang tamu, kat tempat makan & kat bilik no. 2.

Aircond pula sebiji dah Rm1k lebih, cadangnya bilik tidur nak pasang aircond.

Lampu? Disebabkan telah membeli rumah intermediate, makanya akan gelaplah alam sekeliling di dalam rumah kerana kurang pencahayaaan jadi kena pasang lampu lebih dari 12jam sehari jadi kenalah pasang lampu yang jimat elektrik jadi kenalah pasang lampu yg bukan kalimantang biasa. JADI kena pasang plaster siling supaya boleh pasang lampu jenis-jimat-elektrik itu. Berapa agaknya kos pasang plaster siling dan lampu?

Ruang tamu perlukan karpet, ruang makan perlukan karpet, bilik pun perlu. Berapa kos karpet?

Gril. Yang paling penting tapi hampir terlupa nak ambil kira. Gril untuk rumah ni rasanya tak mahal sebab rumah sangat kecil tak banyak tingkap. Tapi, kena beli jugak gril.

Langsir? kena pasang kayu untuk gantung langsir sliding door, tingkap bilik dan dapur. Langsir kali ini rasanya perlu tempah, tak mampu nak jahit sendiri.

Kebanyakan barang yang nak dipasang sebelum masuk rumah tu memerlukan kos yang tinggi, jadi sekarang kami tengah sedikit sedikit kumpul duit ^_^