The Bridezilla

Archive for the ‘budget’ Category

Perkembangan bajet terkini:

  • lokasi dan makanan bagi majlis
    • Dah bayar 93.52%, Belum bayar 6.48%
  • pakej perkahwinan
    • Dah bayar 85.71%, Belum bayar 14.29%
  • jurugambar
    • Dah bayar 55.56%, Belum bayar 44.44%
  • Kad Jemputan Kahwin
    • Dah bayar 100%
  • cenderahati untuk tetamu
    • Dah bayar 100%
  • baju nikah
    • Dah bayar 100%

lain-lain:

  • bunga pahar
    • Dah bayar 50%, Ditaja 50% oleh Cik Ana. Mekasih!
  • telur rebus, gula-gula & hadiah VIP
    • akan ditaja 100% oleh Ma. Tenkiu!
  • kek pengantin
    • akan ditaja 100% oleh Maksu. Tenkiu!
  • kompang
    • ‘harapkan’ tajaan Ayah
  • pengacara majlis
    • ayah carikan DJ kat kampung
  • homestay untuk pihak Win
    • ‘harapkan’ tajaan abah Win

Tips:

Buat kira-kira perbelanjaan bagi harga yang diperuntukkan dan harga sebenar.

Mahu lebih jimat? Cari penaja. 😛

Logiknya mudah. Kurangkan perbelanjaan untuk menambahkan simpanan. Tapi untuk praktikkannya, sangat susah sebab aku agak boros dalam berbelanja. Kami

  • mengurangkan aktiviti menonton wayang
  • mengurangkan makan besar di restoran
  • cuma keluar di hujung minggu jika ada barang nak dibeli
  • berhenti membeli Gundam
  • mengurangkan membeli majalah
  • beli barang hantaran semasa jualan murah
  • tidak membeli rokok. Memang tak merokok pun
  • selalu skip makan tengah hari
  • … dan apa-apa yang dapat mengurangkan perbelanjaan

ps: Ingat senang nak kahwin? Sekarang baru tahu langit tu tinggi ke rendah

pps: Thank Faiz a.k.a my-FOC-financial-consultant

Homestay, Bukit Chandan

Homestay, Bukit Chandan

Kami tempah homestay ini bagi keluarga Win datang bertandang di Bukit Chandan.. Pada pendapat kami, lebih senang tinggal dalam satu rumah dan kumpul semua ahli keluarga berbanding tinggal di hotel – mahal tapi sempit.

Sewa homestay ini agak berpatutan, RM160 bagi satu malam. Tapi mulai tahun 2009, sewa sudah naik harga. RM18o / malam. Kos tempahan, RM50.

Homestay ini terletak di taman perumahan Bukit Chandan, berhampiran dengan kampung aku. Rumah teres dua tingkat dengan empat bilik tidur, tiga bilik air. Dua daripada bilik dilengkapi pendingin udara dan katil queen-size manakala lagi dua bilik cuma ada katil single. Lain-lain kelengkapan seperti set ruang tamu dan dapur juga ada disediakan. TV Astro, tak pasti. Tak nampak piring satelit Astro pun, kan?

Tips:

Kalau nak buat tempahan di homestay ini, kena cepat. Laku macam goreng pisang panas!

everybody loves this

everybody loves this

asalnya nak mohon pinjaman peribadi untuk majlis kahwin ni. dah banyak bank kami pergi.

  • Bank OCBC, permohonan ditolak
  • Bank Islam, tak boleh sebab gaji tak sampai RM3k sebulan (utk swasta)
  • Bank Rakyat, susah sbb bukan kakitangan kerajaan & pemohon mesti pekerja tetap
  • Bank CIMB, kadar faedah pinjaman terlalu tinggi. 24% per annum!

selepas semua percubaan tak berhasil, kami ambil keputusan untuk gunakan duit simpanan sendiri. senang. tapi susah.

walaupun duit yang dapat kami kumpul mungkin tak mencukupi, tapi tak apalah. kalau boleh, tak mahu tambah hutang baru di tahun baru ni. harap-harap, kami dapat pinjam duit sesiapa atau dapat tajaan. hehe.

tiap-tiap hujung bulan selepas dapat gaji, kami asingkan bahagian bajet untuk majlis. kami bayar semua pihak yang terlibat dengan majlis secara ansuran.

bila guna duit sendiri, perbelanjaan pun berpada-pada.

Tips:

Usaha tangga kejayaan. Kalau ikat perut untuk simpan lebih bagi duit kahwin, nanti boleh kurus sikit. 😛