The Bridezilla

Archive for the ‘checklist’ Category

VIP Goodie Bag

VIP Goodie Bag

Cadangnya nak letak tiga gifts dalam v-box untuk dijadikan beg hadiah bagi VIP. V-box yang kami jumpa di internet agak mahal, RM49.90 bagi 50 pcs. Saiz bagi setiap satu adalah 8(H) x 3(W) x 7(L) inci. Agak-agak, cukup muat tak untuk letak semua gift? Ma pula nak taja labu sayong mini untuk semua VIP, 50 biji dengan harga RM1.50 setiap satu. Sayang Ma! mmwahhh~

V-box ini adalah ready-made, cuma ada perkataan “Jutaan terima kasih dari pengantin dan keluarga”. Kalau ingin tempah v-box dengan nama pengantin, harganya lebih mahal! Tak perlulah letak nama, kami seganlah. 😛

Pada mulanya, kami nak beli v-box hanya untuk VIP sahaja, tetapi Mak aku pula cakap yang nak bagi kepada semua tetamu. Pening.

ps: Ada sesiapa sudi menjadi penaja v-box untuk kami? Hehehe~

Advertisements

Aku ambil cuti sehari selepas Thn Baru Cina untuk urusan Ayah dan permohonan kahwin di kariah aku, Bukit Chandan.

Permohonan kahwin di Bukit Chandan agak leceh. Pendaftar Nikah sangat agak cerewet. Nasib baik Ayah dah berpengalaman dalam hal permohonan ini sebab tahun lepas Ayah pernah uruskan permohonan kakak aku.

Saksi borang mestilah orang yang dikenali oleh Pendaftar tersebut. Seboleh-bolehnya AJK Masjid. Leceh kan? Jadi, kami berjumpa dengan Tok sedara belah mak dan lagi satu Tok AJK Masjid yang tinggal di kampung untuk minta tolong jadi saksi borang. Disebabkan kedua-dua orang ini dikenali oleh Pendaftar, aku tak perlu ‘heret’ kedua-dua saksi borang ini ke rumah Pendaftar semasa turunkan tandatangan. Senang juga, kan? Misi mencari saksi borang, tercapai.

Borang Wali dan Wakalah amatlah memeningkan. Perlu tandatangan Pegawai Masjid. Aku dan Ayah berulang alik dua kali ke masjid untuk dapatkan tandatangan. Misi mencari Pegawai Masjid, tercapai.

Lengkap bahagian yang sepatutnya aku isi, kami ke rumah Haji Dolah (Pendaftar Nikah kariah Bkt Chandan) untuk dapatkan tandatangan. Alhamdulillah, semua dokumen sokongan dan borang telah lengkap. Dia suruh kami terus ke pejabat untuk hantar borang permohonan. Misi permohonan kahwin, tercapai.

ps; Terima kasih Ayah sebab cekap uruskan permohonan kahwin Ida!

pps: Pegawai bertugas di kaunter PAID K.Kangsar cakap, “OK, tak payah datang pejabat ambil surat kebenaran. Haji Dolah akan ambil sendiri. Awak, tunggu hari majlis je.”

Penaja kek pengantin, MakSu. Dia ada hantar MMS, gambar contoh kek yang dia tempah untuk aku. Tapi masalahnya, gambar kek tu sangat gelap. Jadi maaf, tak dapat nak muat naik gambar di sini.

MakSu cakap kek tu berbentuk bantal segiempat sama, warna putih. Dia tempah di Nikko. Katanya, kek bahagian dalam tu nanti adalah lobak dan kacang walnut. Hiasan kek, fondant. Boleh tahan dua minggu katanya.

Aku OK-kan saja. Aku tak kisah sangat. Dah cukup beruntung ada orang nak taja kek pengantin. Kalau ikut bajet aku, memang tak ada lah jawabnya.

MakSu akan balik kampung sehari sebelum majlis, bawa sekali kek pengantin tu. Terima kasih MakSu!

Tips:

Beli kek pengantin yang hiasan diperbuat daripada fondant. Tak mudah cair dan senang di bawa ke sana sini. Cantik pun ye juga.