The Bridezilla

Archive for the ‘gift’ Category

VIP Goodie Bag

VIP Goodie Bag

Cadangnya nak letak tiga gifts dalam v-box untuk dijadikan beg hadiah bagi VIP. V-box yang kami jumpa di internet agak mahal, RM49.90 bagi 50 pcs. Saiz bagi setiap satu adalah 8(H) x 3(W) x 7(L) inci. Agak-agak, cukup muat tak untuk letak semua gift? Ma pula nak taja labu sayong mini untuk semua VIP, 50 biji dengan harga RM1.50 setiap satu. Sayang Ma! mmwahhh~

V-box ini adalah ready-made, cuma ada perkataan “Jutaan terima kasih dari pengantin dan keluarga”. Kalau ingin tempah v-box dengan nama pengantin, harganya lebih mahal! Tak perlulah letak nama, kami seganlah. 😛

Pada mulanya, kami nak beli v-box hanya untuk VIP sahaja, tetapi Mak aku pula cakap yang nak bagi kepada semua tetamu. Pening.

ps: Ada sesiapa sudi menjadi penaja v-box untuk kami? Hehehe~

Bantal mini

Bantal mini

Bungkusan yang ditunggu-tunggu telah sampai! jeng jeng jeng~

Kami tempah bantal mini ini sebagai cenderahati buat tetamu yang hadir ke majlis kami. comel tak?

Kami tempah di Kazoku Jaya. Harga bagi setiap satu bantal mini ini adalah RM0.80 / pc tetapi dengan belian 400pcs, kami dapat harga diskaun, cuma RM0.75 / pc! Syarikat ini beroperasi di Kelantan, jadi mereka gunakan khidmat PosLaju untuk penghantaran! Kos pos RM36.

Bantal ini bersaiz 7.5cm x 7.5cm setiap satu dan siap dibungkus dalam bungkusan comel ini. tapi aku tak tahu pula yang bantal ini berbau.. wangi.

Tips:

Survey di kedai dan juga online. Cuba dapatkan harga yang terbaik!

The Bunga Pahar

The Bunga Pahar

Terima kasih kepada makcik Win, Cik Ana kerana membawa kami ke Semua House KL dan menaja bunga pahar ini!

Kami pergi ke SSF untuk melihat-lihat bunga pahar. harganya agak berpatutan, dari RM1.20 setiap satu sehingga ke RM12.90 setiap satu. memang cantik!

Kemudian kami pergi ke kedai Yen Reben, Semua House dan terpikat dengan kecantikan bunga pahar ini. Boleh dikatakan, semua bunga pahar di kedai Yen Reben memang cantik dan banyak pilihan! semua cantik, susah nak buat pilihan. selepas ulang-alik beberapa kali sampai kaki penat, akhirnya kami beli bunga ini! cantik kan?

Bunga stokin dengan kristal di tengah. ada rama-rama pula tu. Rm3 setiap satu. tapi bagi 100 bunga yang kami beli, kami dapat harga diskaun, Rm2.80 setiap satu! yahuu~

Comel.

Tips:

Survey bunga pahar lebih dari satu kedai. Bandingkan harga dan pilih yang berpatutan. Jadilah pengguna yang bijak!

The wedding ring

Cincin kahwin

Cincin kahwin yang pertama dah hilang masa rumah kena pecah masuk oleh pencuri. ciss!

tapi Win belikan yang baru untuk gantikan yang hilang, lagi cantik dan lagi mahal. hehe. aku sayang sangat cincin ni, tak mahu hilang lagi. makanya, aku.. dah pakai! 😛

ps: I love you, Win. mmmuah~

Tips:

Beli cincin semasa jualan murah.

Treats For Kids

Treats For Kids

ini.. kotak cekelat. untuk kanak-kanak ribena sahaja. comel x?

Beli 100 kotak ini dari kedai Yummi di Bandar Baru Bangi. saiznya 5 x 5 x 3 cm.

Lilitkan reben untuk ikat penutup dan bekas kotak. reben sutera dengan 1 inci lebar yang aku beli dari Macy.

Cekelat dan gula-gula akan diisi kemudian! aku masih mencari penaja.. huhu~

Kos kotak cekelat ini? bekas dililit dengan reben 8 inci panjang dan sedikit gam UHU, lebih kurang RM0.20 setiap satu. Mahu lekat sesuatu di atas reben, bagi nampak lebih comel!

Tapi kanak-kanak ribena cuma mahukan cekelat di dalamnya. jadi, rasa macam tak berbaloi buat kotak ini cantik-cantik pun.

Tips:

Jadilah kreatif dengan mencuba benda-benda baru!