The Bridezilla

Archive for the ‘venue’ Category

Masjid Ubudiah, Bukit Chandan

Masjid Ubudiah, Bukit Chandan

Kami isi dalam borang permohonan kahwin kami untuk mengadakan upacara nikah di Masjid Ubudiah, Bukit Chandan pada 10 pagi hari majlis nanti. Harap -harap semuanya berjalan lancar sebab borang mohon kahwin dan dihantar dan dah beritahu Pendaftar Nikah (Haji Dolah) tentang jadual kami.

Kod berpakaian untuk masuk ke masjid ni sangat ketat. Tak boleh pakai seluar jeans, lengan baju kurung yang singkat & semua baju yang tak manis di pandanglah senang cerita. Nasib baik baju nikah aku tempah dalam bentuk jubah. Tak jarang & tak dedah sana sini. 😛

Ayah pesan suruh Win bawa upah jurunikah sebanyak Rm80 dalam bentuk duit Rm10. Senang Haji Dolah nak bagi upah pada saksi nikah yang akan dia bawa pada hari itu nanti.

InsyaAllah, Ayah sendiri akan mengakad nikah. Ayah tengah belajar nak sebut nama penuh Win. Susah katanya. Tak berirama. Haha~

Tips:

Submit borang permohonan kahwin awal untuk mengelakkan sebarang masalah. Tambah-tambah kalau mahu adakan majlis kahwin semasa cuti persekolahan.

Advertisements
The Garden of the Resort

Taman di Riverside Resort

Majlis perkahwinan nanti akan diadakan di perkarangan Sungai Perak Resort, Kuala Kangsar. InsyaAllah. Resort ini terletak di pinggir bandar Kuala Kangsar dan merupakan satu-satunya resort di tepi sungai di bandar ini. Taman di tepi sungai ini memang cantik, sejuk mata memandang walaupun hari panas terik.

The Resort Rooms, facing the river

Bilik penginapan di Riverside Resort

Jika ada tetamu yang ingin tinggal di sini lepas majlis tamat, bolehlah menempah bilik di resort ini. jangan lupa, tempah bilik yang menghadap sungai, ok?

Canopies for events

Kanopi siap-pasang

Resort ini di juga menyediakan keperluan bagi majlis kami.

  • tapak dan set-up
    • khemah kanopi
    • kerusi & meja
    • kipas pada khemah
    • PA System
    • tempat untuk pasang pelamin
  • katering (menu tetamu)
    • nasi minyak & nasi putih
    • Jelatah
    • Dalca Sayur
    • Daging masak kicap
    • Ayam masak merah
    • Tembikai
    • Air Sirap
  • Katering (menu pengantin)
    • 2 ayam golek
    • 2 ikan bawal
    • 2 hidangan paru / limpa
    • 1 hiasan udang cucuk pada nenas
  • Istimewa pengantin
    • meja dan kerusi makan berbalut
    • 1 bilik ekslusif bagi pengantin selepas majlis tamat

bagi 400 tetamu yang akan kami jemput, kos adalah RM13.50 seorang. 50% dari jumlah kos telah kami bayar semasa penempahan. selebihnya perlu dibayar selepas majlis tamat. tapi kami dah bayar 25% lagi minggu lepas. bayar sikit-sikit tiap kali dapat gaji. hehe~

Tips:

Runding harga. Jangan terus terima harga yang ditawarkan. Nanti orang ingat kita kaya. Padahal, tidak. 😛